Wednesday, January 12, 2011

Penderhaka Munafiq Hasan Ali ni patut keluar sahaja dari PAS dan masuk UMNO

Hasan Ali ni tak habis-habis buat hal.
Memang sah dia ni ejen UMNO dalam PAS.
Dia jadi pemimpin tertinggi PAS Selangor pun tak perlu bersusah payah
Pendek kata, dia jadi pemimpin kerana sebelum ni dia sudah glamer dan popular di kalangan rakyat.

Hasan Ali ni memang patut keluar je dari PAS.
Dia naik pun sebab ahli-ahli PAS yang support dia.
Dia diberi amanah untuk lawan UMNO, bukan bekerjasama dengan UMNO
Sekaligus menjadikan Hasan Ali sebenarnya pengkhianat di dalam PAS

PAS sepatutnya tidak patut beri muka lagi kepada Hasan Ali.
Aku berharap, semoga PRU13 nanti PAS tidak lag letak Hasan Ali sebagai calon PAS. biarlah dia pergi melutut kepada UMNO untuk jadi calon.
Boleh join sekaki dengan ulamak UMNO Fathul Bahri tu..


Hasan Ali diingatkan patuhi pendirian PAS
 
PAS hari ini memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

NONEHarakahdaily memetik setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

NONE"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya hari ini.

Pemimpin utama PAS pada Ahad lalu, berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam bagi menunaikan solat hajat dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

NONESelain Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, majlis yang dihadiri tidak kurang 12 ribu penyokong PAS itu turut dihadiri oleh presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Hadi dalam perhimpunan besar-besaran itu.

NONETurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Hari ini pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada."

"Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan.

Monday, January 10, 2011

SPRM : Hanya tangkap Melayu, Cina tak tangkap pula



BEKAS PENOLONG PEGAWAI DAERAH HULU LANGAT DIPENJARA 6 BULAN DENDA RM20,000


Seorang bekas Penolong Pegawai Daerah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM10,000 daripada Ketua Eksekutif sebuah syarikat melombong pasir, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan dan mengekalkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Norhanizatuazwin Samsuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Mat Ghani Abdullah mendapati dia bersalah kerana setuju menerima wang RM10,000 daripada Ketua Eksekutif syarikat Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim Soo, sebagai balasan kepada kelulusan untuk satu permit membawa keluar pasir.

nota:
lihat undang rasuah dalam negara ini
biasanya mata mata cabuk kena tangkap
biasanya pegawai cabuk kena tangkap
biasanya kerani cabuk kena tangkap

akan dikenakan hukuman maksima
akan dipenjara dan akan di denda


yang besar besar
yang rasuah berjuta juta
yang rasuah berbilion
yang ini tak akan kena tangkap
yang ini selamat sepanjang hayat

LIHAT BERITA DI ATAS

pegawai daerah kena hukuman maksima

apa jadi dengan DATUK LAU KIM SOO
dia pemberi rasuah
kenapa dia tidak ditahan sama?

mana dia pukida
kenapa tak minta sultan tarik balik derajah datuk ini?
mana dia ngo melayu?
bukan kah datuk ini hina raja
kerana beri derajah kebesaran tapi amal rasuah?

mana dia pejuang islam zul nordin?
kenapa tak minta DATUK LAU KIM SOO ini di gantung mati?

mana dia melayu jati?
kenapa tak minta china ini dihukum kerana amal rasuah?

mana raja melayu?
tak kan tak baca berita ini?

macam mana china ini dapat datuk?
sultan tak malu?
ketua menteri tak malu?
gabenor tak malu?
pooorah !!!



sumber asal :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BekasPenolongPegawaiDaerahHuluLangatdipenjara6bulan_dendaRM20_000/Article
http://tukartiub.blogspot.com/2011/01/kenapa-tak-tangkap-datuk-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29

Projek UMNO Terengganu yang penuh dengan RUNTUH



WarkahDaily – Tak serik-serik membahanakan wang dan nyawa rakyat sendiri. Memang patut pun orang gelar ‘Darul Runtuh’ bahkan rakyat Terengganu sendiri pun tumpang sekaki gelarkannya. Bukan kerana mahu hinakan negeri sendiri tapi bosan dengan karenah pemimpin sendiri yang bangsat taruhkan nyawa mereka dan bazirkan duit rakyat.

Kalau satu bangunan aje yang runtuh, takdaklah sampai orang cuak sangat tapi kalau dah berderet yang runtuh, dah pasti ada benda yang tak kena dengan pemerintah bangsat BN. Yang paling masyhur, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang tak sampai setahun digunakan telah pun runtuh tanpa ada gempa bumi atau bencana lain yang mengakibatkan berlakunya runtuhan berkenaan. Namun, belum lagi stadium berkenaan dibaik-pulih, ada satu lagi binaan di negeri berkenaan runtuh. Memang betul-betul ‘Darul Runtuh’. Woi! hangpa ni tahu perintah ke tak. Sembang cam hebat je.

Awal pagi semalam, satu kejadian runtuh telah berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Kejadian itu berlaku terhadap satu lagi projek membazir BN yang berhadapan dengan Bazar Warisan, berhampiran Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Projek yang dimaksudkan itu ialah pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang yang dilihat baru sahaja siap untuk digunakan.

Rakyat Terengganu bernasib baik lagi kerana tidak ditimpa pondok rehat untuk berteduh itu kerana ianya berlaku waktu pengunjung belum lagi tiba di kawasan tumpuan orang ramai berkenaan. Sama juga kejadian stadium runtuh di Gong Badak yang juga kebetulan tiada orang yang hadir. Kalau tak, dah berapa ramai dah rakyat Terengganu yang ditimpa malapetaka yang sengaja ditempah oleh pihak pemaju yang diluluskan kerajaan BN Terengganu.

Pondok rehat yang dihias dengan ukiran kayu itu hanya cantik dan megah dari segi pandangan mata semata-mata tapi kualitinya boleh dipertikaikan. Seorang wakil WarkahDaily yang kebetulan berada di tempat kejadian memberitahu mungkin pondok kayu yang cantik itu runtuh hanya ditiup angin monsoon yang bertiup di negeri pantai timur itu. Kalau kerana angin dah runtuh, bagaimana kalau ada berlakunya gempa bumi?

Menurut wakil WarkahDaily itu lagi, sebelum kejadian runtuh itu berlaku,mungkin tiada siapa tahu bagaimana tiang pondok rehat itu dibina dan dipacak pada bumi hanya sekadar bersandarkan kepada sebatang besi konkrit sebesar ibu jari bagi setiap tiang, namun Allah maha berkuasa untuk membongkarkan rahsia kroni-kroni BN b$angsat yang dapat projek itu.

Wakil WarkahDaily berkata, tiang yang hanya dicucuk dengan sebatang besi sebesar ibu jari tangan ditengah-tengah tiang berkenaan, kemudian ianya dikelirukan dengan sedikit simen di sekeliling tiang tidak mampu untuk menahan bebanan kayu dan atap pondok berkenaan yang berat.

Bagaimana mungkin hanya sebatang besi yang halus dilekatkan bawah setiap empat tiang itu bagi menahan keseluruhan berat pondok yang diperbuat daripada kayu dan dipasang dengan atap genting itu untuk bertahan?

Menurut seorang pengunjung yang ditemui wakil WarkahDaily di tempat kejadian, beliau menyebut inilah koleksi kebanggaan pembangunan kerajaan BN yang selalu runtuh sambil menyatakan, projek itu sekadar untuk memuaskan tembolok kroni-kroni yang begitu rakus membolot harta rakyat.

Seorang lagi pengunjung awal ke Pasar Kedai Payang berkata, “runtuh lagi”.

“Inilah cara pemimpin Umno dapatkan wang rakyat untuk kenyangkan perut mereka”, kata pengunjung berkenaan kepada wakil WarkahDaily.

Rakyat Terengganu kena buka mata dalam pilihanraya akan datang agar tiada lagi kejadian bangunan runtuh di negeri berkenaan, tambah pengunjung yang tidak mahu dikenali itu.

Yang menjadi persoalan, kenapa pemaju yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan boleh menggadai nyawa orang ramai semata-mata mahu mengaut keuntungan lebih dari projek berkenaan. Padahal tiada gegaran gempa bumi di negara ini yang menyebabkan pondok berkenaan runtuh. Setakat ini, pihak WarkahDaily belum mendapat kepastian berapa kos yang dibelanjakan untuk satu pondok rehat berkenaan. Tak mustahil jika ianya ratusan ribu ringgit bahkan tak mustahil keseluruhan projek memakan jutaan ringgit.

Atas kertas belanja jutaan ringgit tapi bila laksanakan projek, bahan binaan yang digunakan tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya maka dapatlah lebihan kos projek masuk poket kroni BN.

Apakah pemimpin Umno Terengganu belum serik dengan apa yang dilakukan oleh MB sebelum ini dalam mengkucar-kacirkan Terengganu? Apakah hanya mahu menjaga tembolok jahat pemimpin-pemimpin Umno-BN semata-mata sehingga mengadaikan nyawa rakyat dan membazir wang rakyat.

Kalau itulah cara pemimpin BN memerintah negeri berkenaan, apa sebab nak bangga sangat dengan pembangunan yang diwar-warkan itu. Nak bangga apa kalau selalu runtuh.

 ================

Berikut disenaraikan Projek Rosak dan Runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;

1.    Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh    : 12 April 2008
Harga    : RM 2 juta

2.    Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh    : 2 Jun 2008
Harga    : RM292 juta
Punca    : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3.    Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga :  RM 18 juta

4.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga  : (Terminal ) RM123 juta

5.    Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh    : 15 Mac 2009

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh    :  6 Ogos 2009.
Harga    : RM15 juta

7.    Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh    : 3 Oktober 2009
Harga    : RM 2.1 Juta

8.    Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh    : 21 Disember 2009
Harga    : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju    : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca    : Tiada pemantauan semasa

9.    Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh    : 29 Mac 2010.


Lain-lain Senarai  Rosak atau Bocor
______________________________

1.    Bazaar Warisan

2.    Masjid Kristal
Tarikh : 22 November, 2008

3.    Masji Kg Lingai
Tarikh : 4 November 2009
Harga : RM3 juta

4.    Masjid An Naim Dungun

5.    Binjai Souq

Sumber asal :
http://warkahdaily.blogspot.com/2011/01/panas-terengganu-runtuh-lagi.html
http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2851:runtuh-lagi-rekod-terbaru-kerajaan-terengganu&catid=35:dalam-negeri&Itemid=85

Peruncit: Bekalan minyak masak tak mencukupi



Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.

NONEMereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.

Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.
Bekalan tak mencukupi

"Selalunya tidak ada masalah, peruncit-peruncit kecil akan pergi sendiri ke tempat pembekal dan membeli seberapa banyak yang mereka mahu, selalunya dua kotak setiap hari, namun sekarang pembekal hanya membenarkan setiap peruncit membeli satu kotak yang mengandungi 17 paket minyak satu kilogram," kata seorang peruncit, Bawa Baharudin.

roti canai and cooking oilKatanya keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa menghadkan jualan iaitu hanya sekilogram minyak untuk seorang pengguna setiap hari.

Sementara itu jurucakap pasar raya Cold Storage Donny Rowlee berkata pembekal minyak masak ke pasar raya itu bertindak mengurangkan kuota sejak dua minggu lalu.

"Ada satu jenama hanya membekalkan 200kg minyak dengan alasan itu kuota yang dibenarkan kerajaan sekarang," katanya menambah pasar raya itu diberi permit membekalkan 1,000kg sebulan.

"Khamis lalu minyak masak ini baru sahaja dibekalkan semula, namun pada hari ini minyak masak semuanya dah habis. Kebanyakan pembeli membeli dengan banyak, kadang-kadang sehingga satu troli setiap seorang," katanya.
Kuota kerajaan
sundry shop kedai runcit 250907 02Beliau juga berkata setiap pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan adalah disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus Barang Dagangan Pasaraya Ong Tai Kim, Kelana Rabian berkata pasar raya itu juga berdepan dengan pengurangan bekalan apabila mereka kini hanya menerima 135 tan metrik berbanding 350 tan metrik sebelum ini.

"Kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit," katanya.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilBeliau juga mencadangkan agar kerajaan mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

Dalam pada itu, seorang pengguna Hasliani Mohamad Hassan berkata kekurangan bekalan minyak masak paling dirasai golongan peniaga makanan.

"Selalunya peniaga atau pemilik kedai makan yang akan panik apabila krisis ini berlaku. Bagi keluarga selalunya minyak masak 3 kg itu pun akan dapat tahan sehingga dua bulan," katanya.

- Bernama


DTM : kwang kwang kwang...tanda minyak masak nak naik harga. juak-juak UMNO mesti suka ni.

Assalamualaikum wbt & Selamat datang ke blog ini

Assalamualaikum wbt.
Selamat datang ke blog Dewa Tempur Maharaja
ini ialah blog aku yang pertama
harap semua dapat beri sokongan